Saturday, April 7, 2012

Our weekend - penyediaan bekalan bahan memasak untuk seminggu-

Posted by mamaAsyfa at 4/07/2012 11:00:00 AM
Semenjak berpindah rumah baru dan tempat kerja baru ni, Alhamdulillah, saya ada lebih masa untuk memasak di rumah. Suke la Hj Labu ku itu, breakfast bawak bekal, lunch pun ade bekal, dinner-homemade juge..hehe. Haji Labu memang tak suka makan kat luar. Saya pun happy,dapat sediakan yang terbaik buat suami & anak.Homemade kan lebih terjamin kualiti nutrisi & kebersihannye. Sedap tak sedap lain ceghita lah. So setiap weekend, NSK trade city adelah wajib dikunjungi untuk beli bekalan lauk pauk seminggu. (saya tak tahu dgn org lain, tapi bagi kami, berbelanja di situ memang sangat berbaloi) Balik dari shopping, saya spend about 2-3 hours di dapur, bersilat dengan ayam,ikan,udang,sotong,etc.. Siang semua siap2, bahagikan amaun cukup2 untuk 1 meal, gaul kunyit garam mana yang perlu, and siap packing dalam plastik kecik2.


Apepun, before beli barang, saya siapkan menu planner seminggu. Tak perlu pening kepale mentawaf NSK berkali-kali. Dengan cara ni, dapat jimat masa. Dah tau apa nak beli, just pilih n grab aje =)

Bawang dah dikopek

Siap di blend & di label

Inilah rupa nya freezer saya yang sangat padat. Ruang atas dan sebahagian bawah (belakang lauk pauk tu) penuh dengan EBM. Lauk pauk bersusun di barisan depan. Siap di label, senang nak capai.

Sayur-sayuran pun siap basuh,potong,packed & labeled. Kerja memasak pada hari bekerja menjadi super senang. Bangun pukul 6.30 pun sempat lagi masak sambal udang + sayur campur untuk bekal lunch =) (ok,aci la sebab dari rumah nak ke tempat kerja hanya 5-10min)

Bagi saya, bila kita memasak untuk orang tersayang, ia bukanlah satu beban. Ia sungguh membahagiakan tahu?
Nak pikat hati suami, ikat lah perutnya dulu kan?

0 comments:

Post a Comment

 

When our lil Asyfa arrives... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting